Thursday 1 August 2013

Terangi hati dengan maaf~

Andainya dosa dan pahala itu boleh dizahirkan, astaghfirullah, tiada siapa yang akan keluar dari tempat perlindungannya.. sungguh setiap kita pasti tidak lari dari dosa. Itu lumrah kita sebagai hambaNya. Kerdil, hina, mudah alpa dan lalai.

Kenapa perlu memandang sinis insan lain? Mungkin hakikat perbuatan dosanya sudah terzahir tanpa niat.. jangan ukur peribadinya. Jangan hina. Doakan. Mana tahu petunjuk dan hidayah Allah sampai kepadanya lebih dulu dari kita.. Sungguh hidayah itu Allah hadiahkan buat hamba yang Dia inginkan.. bertuah hamba itu.

Tradisi masyarakat kita, dia salah, dia dipulaukan, dia dihina terang- terangan. Sedangkan nabi ampunkan umatnya, siapalah kita di sisi Nya mahu menghukum hambaNya?

Alhamdulillah.. berkat dugaan dan ujian dari Yang Maha Penyayang, aku belajar memberi ruang untuk memaafkan dalam hati. Hati kita umpama rumah rekaan sendiri. Setiap bilik ada ruang perasaan dan nafsu masing- masing.. mungkin bilik- bilik ini sudah dipenuhi dengan nafsu marah dan benci, tapi yakinlah, yakinlah, pasti ada satu ruang kecil, ruang tertutup di penjuru rumah itu.. lama terkunci menunggu kita membukanya. Bukalah ruang itu. Biarkan cahayanya menerangi gelap ruang bilik yang lain..

Aku sudah terangi rumahku dengan cahaya maaf. Dengan itu hati sudah cukup kecapi ketenangan dari Ilahi. Alhamdulillah. .

Sayangnya Allah pada kita. Timbunan dosa, diberi peluang untuk berubah. Aku yakin, andai kata niat hamba itu kerana Allah, iAllah, hidayah miliknya.. :)

Setiap hamba ada kisah gelapnya. Jangan jadikan itu sebagai ukuran peribadinya yang sekarang. Andai dia mahu berubah, doakan. Bantu. Jangan abaikan. Jikalau tidak mahu membantu, jangan ganggu. Jangan tambah kusut hati si hamba.. biarlah dia kecapi nikmat imannya. Jangan dihalang.. doakan..

Sayangi setiap orang kerana siapa dia sekarang. Bukan siapa dia sebelum ini. Itu kejam dan tidak adil.. siapalah kita mahu menghina.. maafkan. Terima. Bantu..

Syukur. Ini yang aku pelajari. Aku tenang. Aku dapat membuka minda dan kalbuku untuk mengejar bahagia dunia dan akhiratku..

Alhamdulillah..^^

1 comment:

Syazana R. said...

Like!! hehehe :D

Recent Posts

Introduction

Recent Comments