Wednesday 22 May 2013

Hasad~




Hasad dengki.. Hurmm… Penyakit hati berbahaya.. Awas diri, dan anda di luar, jangan biarkan penyakit ini menular melalui darah anda, merebak ke seluruh tubuh anda, terutamanya hati dan minda.. Nauzubillah.. J

Admitting. Memanglah tidak dapat dinafikan. Saya turut menghidap penyakit berbahaya ini.. Sometimes. Maybe almost all the time.. Setiap kali perasaan ini muncul, astaghfirullah.. Resah gelisah jiwa dibuatnya. Memang betul, orang yang hasad sentiasa dihambat keresahan.. Astaghfirullah.. Haihh

Adakah anda penderita penyakit ini seperti saya? How to detect it? Easy bitsy. Analisis respon anda bila melihat kejayaan orang lain.. Adakah anda tunjuk wajah girang gembira? What about your heart? Is it gundah gulana? Have you ever felt relieved when these succeeded people failed?? Well dear.. You need a doctor.. Nampaknya anda seperti saya, berpenyakit hati..hmmm

Jom sama-sama berubah.. Bukan mahu meninggi diri. Tapi syukur, since umur semakin meningkat, dan pengalaman yang banyak selepas duduk di Negara orang selama 6 tahun, I think I can handle this bad,really bad disease.. Ingat Allah, ingat kedudukan diri sebagai hambaNya.. Kita tidak layak, langsung tidak layak berperasaan sedemikian.. Nauzubillah.

Berhasad dengki, mengharapkan kejatuhan orang lain.. Itu maknanya menentang nikmat Allah. Itu berbaur riak dan takbur. Belajar bersyukur, selalu doakan kebaikan orang lain.. Tidak kira siapa, kawan atau lawan, kita sama-sama hamba. Doakan yang terbaik untuk mereka, insyaAllah, yang baik juga datang untuk kita.. Kan bagus hati bersih? Rasa tenang dan lapang.. J

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Akan menjalar kepada kamu penyakit umat yang terdahulu, hasad dan saling benci membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Jom istighfar, jom sama-sama doa.. Be better in time. InsyaAllah peroleh ketenangan. Be nice to yourself and others..

Tuesday 21 May 2013

Muhasabah hati~



Sungguh pantas masa berlalu.. Semakin menghampiri alam pekerjaan. Interview telah saya lalui dengan lancar, syukur Alhamdulillah..

Dan dalam masa terdekat, insyaAllah, panggilan induksi akan sampai.. Di mana, itu tidak pasti.. Tapi hati sangat mengharap agar dapat menjalani kursus induksi di tanah semenanjung. Kata orang, sambil menyelam, sambil minum air.. Hajat hati ingin bertemu dengan bakal keluarga di sana. J

Nasihat untuk diri sendiri.. Banyakkan membaca wahai diri.. Keputusan cemerlang di dunia universiti tidak menjamin kualiti kerja yang cemerlang. Hidup di dunia, tidak akan putus untuk menimba ilmu, meluaskan pengetahuan, mematangkan akal dan fikiran.. Setiap peringkat hidup, pasti ada ujian dan dugaan.. Dan untuk menghadapinya, ilmu di dada perlu diperkaya, terutama soal agama.. Sihat rohani, insyaAllah semua akan ditempuhi dengan tenang.. Amin Ya Allah..

Sebagai bakal doctor, profesion yang memang terkenal dengan cabaran fizikal dan mental, saya kena banyakkan muhasabah diri.. Kena belajar kendali stress dengan bijak. Be a humble person, said Fauzi... Banyakkan bertanya, belajar dari bawah.. Biar orang pandang kita tidak tahu, supaya mereka mahu mengajar kita.. Jangan berlagak tahu, tapi akhirnya kesilapan besar datang bertandang..

InsyaAllah, dengan berpegangkan iman dan cinta yang utama ke atas Allah SWT, dan Rasulullah SAW, saya akan kuatkan diri, luaran dan dalaman untuk menempuhi semua ujian yang diturunkan.. Semoga diri tergolong dalam orang yang redha dan tawakkal. Sentiasa ingatkan hati, saya ada Allah SWT, yang sentiasa memerhati, menjaga, dan menyayangi saya. Ikhlaskan diri membantu mereka yang memerlukan..

Moga dipermudah segalanya.. Jom sama-sama rajinkan diri membaca.. 

p/s: Alam pekerjaan semakin dekat, minta-minta alam perkahwinan pula dipermudah..Doakan..

Saturday 18 May 2013

Interview SPA~

Syukur alhamdulullah.. ;)

Hari ni, berakhir dengan lancarnya interview SPA saya..Overall,soalan medik memang tidak banyak.Kalau nasib lebih baik,memang tidak ada soalan medik langsung, lebih kepada bual ringan berkenaan plan masa depan, persiapan diri untuk masuk kerja, dsbg.

Debar berhari-hari sebelum interview memang kuat.Nampak perkongsian rakan medik yang sudah melalui proses interview,rasa seolah-olah akan kembali ke alam oral exam dekat U dulu..Stay up baca buku..Dalam kereta,bualan semestinya merangkumi dunia perubatan..:)

Secara ringkasnya,ini soalan yang saya dapat.

  1. Kenapa pilih perubatan?
  2. Puas hatikah dengan gaji yang kerajaan Malaysia peruntukkan? Yang ini saya jujur cakap kurang puas hati..Tidak sempat susun ayat yang lebih baik.Tapi interviewer cuma ketawa..hehe
  3. Sanggup ka dihantar ke rural area untuk compulsary service nanti? Saya jawab, that's what I want,to be honest.Dia tanya,why? Saya jawab, "saya rasa duduk di tempat yang sama for a long time,minda kurang berkembang."...He said,"right,we must think outside the box."
  4. Describe one word,yang doktor mesti ada untuk dihormati,disegani.
  5. Then more about his experiences as an HO,nasihat dan teguran..
Syukur dipanjatkan..hehe.. Jujurnya,memang interview ni buka minda saya. Cuti bukan bermakna goyang kaki tengok tv. Buku wajib buka,baca. Siapkan minda dan mental yang kuat untuk HO nanti. Fizikal jangan diabaikan.. As a doctor,kesihatan kena jaga. Since lack of sleep and stress from work environment, immunity boleh terganggu, akibatnya cepat flu, migraine, depressed. Kualiti kerja? Ikut sekali merundum.. Nauzubillah.. Jagalah diri anda semua wahai bakal HO..

Lagi satu, banyakkan membaca.. Rajinkan diri anda semasa cuti. Orang pandai belajar dan orang bijak, itu dua perkara berbeza.. Apa guna A tersusun banyak atas sijil, kalau akhirnya kualiti kerja tidak kemana? So,wahai diri, kuatkan theory anda..

Lastly, interviewer ada pesan, berkhidmatlah untuk negeri sendiri, Sabah.. Since Sabah masih kritikal kekurangan tenaga doktor.. Sangat kurang. Hurmmm.. Saya pilih Hospital Teluk Intan as my first choice.. Yang lain, still hospital Perak, dengan alasan, bakal berkeluarga di sini.. Sambil tambah alasan bonus, mahu timba pengalaman di tempat orang.. In Shaa Allah dipermudahkan.. Wahai hospital KK, jangan pilih saya please..hehe

Okey.. Till then! Doakan.. ;)

Recent Posts

Introduction

Recent Comments