Wednesday 22 May 2013

Hasad~




Hasad dengki.. Hurmm… Penyakit hati berbahaya.. Awas diri, dan anda di luar, jangan biarkan penyakit ini menular melalui darah anda, merebak ke seluruh tubuh anda, terutamanya hati dan minda.. Nauzubillah.. J

Admitting. Memanglah tidak dapat dinafikan. Saya turut menghidap penyakit berbahaya ini.. Sometimes. Maybe almost all the time.. Setiap kali perasaan ini muncul, astaghfirullah.. Resah gelisah jiwa dibuatnya. Memang betul, orang yang hasad sentiasa dihambat keresahan.. Astaghfirullah.. Haihh

Adakah anda penderita penyakit ini seperti saya? How to detect it? Easy bitsy. Analisis respon anda bila melihat kejayaan orang lain.. Adakah anda tunjuk wajah girang gembira? What about your heart? Is it gundah gulana? Have you ever felt relieved when these succeeded people failed?? Well dear.. You need a doctor.. Nampaknya anda seperti saya, berpenyakit hati..hmmm

Jom sama-sama berubah.. Bukan mahu meninggi diri. Tapi syukur, since umur semakin meningkat, dan pengalaman yang banyak selepas duduk di Negara orang selama 6 tahun, I think I can handle this bad,really bad disease.. Ingat Allah, ingat kedudukan diri sebagai hambaNya.. Kita tidak layak, langsung tidak layak berperasaan sedemikian.. Nauzubillah.

Berhasad dengki, mengharapkan kejatuhan orang lain.. Itu maknanya menentang nikmat Allah. Itu berbaur riak dan takbur. Belajar bersyukur, selalu doakan kebaikan orang lain.. Tidak kira siapa, kawan atau lawan, kita sama-sama hamba. Doakan yang terbaik untuk mereka, insyaAllah, yang baik juga datang untuk kita.. Kan bagus hati bersih? Rasa tenang dan lapang.. J

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Akan menjalar kepada kamu penyakit umat yang terdahulu, hasad dan saling benci membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Jom istighfar, jom sama-sama doa.. Be better in time. InsyaAllah peroleh ketenangan. Be nice to yourself and others..

2 comments:

Nafsah Dulajis said...

Iri hati dan hasad dengki dua benda berbeza, iri hati dengan orang yang dikurniakan ilmu dan harta yang dimanfaatkan di jalan Allah tu x salah.

Tapi orang hasad ni, pantang tengok orang lebih sikit, menjatuhkan dan berharap hilang nikmat tu dari orang lain.

Dia rasa dia lebih bijak membahagikan nikmat-nikmat dunia berbanding Allah.

Semoga kita terpelihara... ^___^

TJ said...

owwwww!sweet chechaq!baru belajar memanfaatkan ruang komenan di sini..hehe..tq chaq!miss u!mmuahh!heheh.. 'sahabat yg baik adalah yg mengingatkn kita supaya lebih dkt dgn Allah SWT' ^^

Recent Posts

Introduction

Recent Comments