Sungguh pantas masa berlalu.. Semakin menghampiri alam
pekerjaan. Interview telah saya lalui dengan lancar, syukur Alhamdulillah..
Dan dalam masa terdekat, insyaAllah, panggilan induksi akan
sampai.. Di mana, itu tidak pasti.. Tapi hati sangat mengharap agar dapat
menjalani kursus induksi di tanah semenanjung. Kata orang, sambil menyelam,
sambil minum air.. Hajat hati ingin bertemu dengan bakal keluarga di sana. J
Nasihat untuk diri sendiri.. Banyakkan membaca wahai diri..
Keputusan cemerlang di dunia universiti tidak menjamin kualiti kerja yang
cemerlang. Hidup di dunia, tidak akan putus untuk menimba ilmu, meluaskan
pengetahuan, mematangkan akal dan fikiran.. Setiap peringkat hidup, pasti ada
ujian dan dugaan.. Dan untuk menghadapinya, ilmu di dada perlu diperkaya,
terutama soal agama.. Sihat rohani, insyaAllah semua akan ditempuhi dengan
tenang.. Amin Ya Allah..
Sebagai bakal doctor, profesion yang memang terkenal dengan
cabaran fizikal dan mental, saya kena banyakkan muhasabah diri.. Kena belajar kendali
stress dengan bijak. Be a humble person, said Fauzi... Banyakkan bertanya,
belajar dari bawah.. Biar orang pandang kita tidak tahu, supaya mereka mahu
mengajar kita.. Jangan berlagak tahu, tapi akhirnya kesilapan besar datang bertandang..
InsyaAllah, dengan berpegangkan iman dan cinta yang utama ke
atas Allah SWT, dan Rasulullah SAW, saya akan kuatkan diri, luaran dan dalaman
untuk menempuhi semua ujian yang diturunkan.. Semoga diri tergolong dalam orang
yang redha dan tawakkal. Sentiasa ingatkan hati, saya ada Allah SWT, yang
sentiasa memerhati, menjaga, dan menyayangi saya. Ikhlaskan diri membantu
mereka yang memerlukan..
Moga dipermudah segalanya.. Jom sama-sama rajinkan diri membaca..
p/s: Alam pekerjaan semakin dekat, minta-minta alam
perkahwinan pula dipermudah..Doakan..
No comments:
Post a Comment