Saturday 18 May 2013

Interview SPA~

Syukur alhamdulullah.. ;)

Hari ni, berakhir dengan lancarnya interview SPA saya..Overall,soalan medik memang tidak banyak.Kalau nasib lebih baik,memang tidak ada soalan medik langsung, lebih kepada bual ringan berkenaan plan masa depan, persiapan diri untuk masuk kerja, dsbg.

Debar berhari-hari sebelum interview memang kuat.Nampak perkongsian rakan medik yang sudah melalui proses interview,rasa seolah-olah akan kembali ke alam oral exam dekat U dulu..Stay up baca buku..Dalam kereta,bualan semestinya merangkumi dunia perubatan..:)

Secara ringkasnya,ini soalan yang saya dapat.

  1. Kenapa pilih perubatan?
  2. Puas hatikah dengan gaji yang kerajaan Malaysia peruntukkan? Yang ini saya jujur cakap kurang puas hati..Tidak sempat susun ayat yang lebih baik.Tapi interviewer cuma ketawa..hehe
  3. Sanggup ka dihantar ke rural area untuk compulsary service nanti? Saya jawab, that's what I want,to be honest.Dia tanya,why? Saya jawab, "saya rasa duduk di tempat yang sama for a long time,minda kurang berkembang."...He said,"right,we must think outside the box."
  4. Describe one word,yang doktor mesti ada untuk dihormati,disegani.
  5. Then more about his experiences as an HO,nasihat dan teguran..
Syukur dipanjatkan..hehe.. Jujurnya,memang interview ni buka minda saya. Cuti bukan bermakna goyang kaki tengok tv. Buku wajib buka,baca. Siapkan minda dan mental yang kuat untuk HO nanti. Fizikal jangan diabaikan.. As a doctor,kesihatan kena jaga. Since lack of sleep and stress from work environment, immunity boleh terganggu, akibatnya cepat flu, migraine, depressed. Kualiti kerja? Ikut sekali merundum.. Nauzubillah.. Jagalah diri anda semua wahai bakal HO..

Lagi satu, banyakkan membaca.. Rajinkan diri anda semasa cuti. Orang pandai belajar dan orang bijak, itu dua perkara berbeza.. Apa guna A tersusun banyak atas sijil, kalau akhirnya kualiti kerja tidak kemana? So,wahai diri, kuatkan theory anda..

Lastly, interviewer ada pesan, berkhidmatlah untuk negeri sendiri, Sabah.. Since Sabah masih kritikal kekurangan tenaga doktor.. Sangat kurang. Hurmmm.. Saya pilih Hospital Teluk Intan as my first choice.. Yang lain, still hospital Perak, dengan alasan, bakal berkeluarga di sini.. Sambil tambah alasan bonus, mahu timba pengalaman di tempat orang.. In Shaa Allah dipermudahkan.. Wahai hospital KK, jangan pilih saya please..hehe

Okey.. Till then! Doakan.. ;)

2 comments:

huessnaa said...

bakal berkeluarga di perak? yey! nnt boleh sye melawat kak tj :D

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Recent Posts

Introduction

Recent Comments