Thursday 30 October 2014

Coretan hati seorang isteri~




Bismillah..

Perjalanan hidup sememangnya tidak seperti yang kita rancang. Mungkin ada sesetengah episod kena dengan keinginan dan impian, syukur Alhamdulillah, itu jalan Allah yang tulis. Sesetengah yang lain, jauh dari yang kita kejar, tetap bersyukur, kerana itu jalan Allah yang tetapkan, sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi..

Berimpian memasuki MRSM Sabah suatu ketika dulu, tapi Allah mahu aku menyambung persekolahan di SMESH ( Sekolah Menengah Sains Sabah). Alhamdulillah, aku belajar menjadi remaja cekal berjauhan dengan keluarga, berhadapan pengalaman pahit di dunia asrama yang penuh dengan remaja-remaja yang masih mahu mengenal dunia, Alhamdulillah, syukur Allah pelihara diri dan maruah, dan syukur, tidak sia-sia paksaan bapa ke sekolah berasrama penuh itu, asbabnya aku mencapai keputusan cemerlang berturut-turut.

Berimpian memasuki jurusan piloting, aku mendapat panggilan ke Melaka ( x ingat nama institute), yang menanggung penuh flight dan pembelajaran di sana. Tapi asbab ketegasan bapa melarang dengan alasan jurusan itu tidak sesuai untuk wanita, aku akhirnya terpilih menyembung pelajaran di Mesir, jurusan perubatan. Dan sekarang, di sinilah aku. Hidup dalam dunia pesakit, dengan penat fizikal apatah lagi mental, tapi aku yakin, seperti cabaran sebelum ini, semua berhikmah, dan Allah tidak akan menganiaya hambaNya..

Sekarang juga, aku sudah bergelar isteri, dan insyaAllah, ibu tidak lama lagi. Jujur aku tidak pernah terlintas untuk bersuamikan marine engineer, memang selalu bergurau dengan rakan di Mesir, “ aku mau suami kerja pelantar minyak, sekali datang duit berlambak!”.. hehe.. zaman kanak-kanak riang. Berkat perjalanan yang dirancang oleh Yang Maha Esa, aku bertemu kekasih hati, buah hati yang tidak putus-putus memenangi jiwa ragaku, Mohd Fauzi. Seorang marine engineer, tugas dan tanggungjawab cukup berat, setanding tanggungjawab aku di hospital. Perlu berlayar ke tengah laut, ke pelantar minyak, jauh dari isteri dan keluarga, jauh dari dunia darat, yang ada hanya kapal dan laut. Dunianya tidak ada rangkaian panggilan telefon, tidak ada rangkaian internet. Bekerja 12 jam sehari, 7 hari seminggu, 30-31 hari sebulan. Itulah cabarannya.

Sedih.. Suami jauh berlayar, mencari rezeki untuk isteri dan anak. Masih teringiang-ngiang di telinga, nasihat dan tunjuk ajar sang suami. Di ingatkan supaya kuat, supaya bersabar, dan ingat hanya pada Yang Maha Esa. Solat jangan tinggal, keselamatan diutamakan. Jangan tekan perasaan, ingat insan kecil dalam rahim sedang membesar, memerlukan kasih sayang dan belaian lembut dari ibunya. InsyaAllah sayang.. Saling mendoakan..

Tepat jam 2.00 pagi, kapal suami berlayar ke kawasan tanpa rangkaian telefon. Sedih.. Sekali lagi aku ulang, aku sedih. Rindu suara suami, walaupun melalui telefon, rindu masih boleh terubat. Kali ini, aku cuba kuatkan hati tanpa suaranya. Aku akan tabah menghitung saat, minit, jam, hari.. Semoga Allah sentiasa bersama suami dan krew-krew kapal yang lain. InsyaAllah perjalanan dipermudahkan. Amin Ya Allah..



Dia adalah kurniaan Allah yang indah untuk aku. Kasih sayangnya menghilangkan penat lelah aku bekerja seharian di hospital. Lawaknya yang kadang-kadang tidak masuk akal tetap mampu buat aku tersenyum walaupun tubuh lemah. Dia tidak berhenti mencari makanan yang aku idamkan, tidak mahu tidur jika aku masih baring dalam keadaan tidak selesa badan dan mual. Tidak penat membelai isteri yang sakit akibat muntah berterusan seharian. Dan paling mengagumkan, baru-baru ini sudah menjadi ‘chef wan’ versi negeri perak, turun ke dapur untuk memasak makanan yang isteri dia idamkan. Isteri mana tak sayang? Syukur Ya Allah, jodoh yang Engkau takdirkan untuk aku, itu yang terbaik, sungguh Engkau Maha Mengetahui..

Suami sudah berlayar. Sebagai isteri yang dimanjakan, cukup terasa ketiadaannya di sisi. Moga cabaran ini besar hikmah tersembunyi. Kata orang tua-tua, sayang tinggal-tinggalkan. Betul tu. Bila berjauhan ni, kita semakin menghargai pasangan, mula merungkai kembali saat pengorbanan dan manis bersama pasangan. Yakin dan percaya hanya pada Yang Berkuasa.

Kita semua mahukan jalan yang lancar, jalan yang lurus tidak berliku, jalan tidak berduri. Tapi hakikat, hidup tidak semurah itu. Banyak liku-liku, banyak lubang yang perlu di rentas, banyak cabang yang perlu di pilih. Itu semua kerja Allah, kita hamba perlu yakin dan tawakkal. InsyaAllah, semua akan baik-baik saja..

*Mode: menghitung hari.. semoga perjalanan suami selamat dan lancar. Amin Ya Rabb..

" It was rather beautiful, the way he put her insecurities to sleep. the way he dove into her eyes, and starved all the fears, and tested all the dreams she kept coiled beneath her bone. " - Christopher Poindexter





Monday 27 October 2014

Secebis pesan~

Hari Ini Milik Anda


Jika kamu berada di pagi hari,
Janganlah menunggu senja tiba.

Hari inilah yang akan anda jalani,
bukan hari kemarin yang telah berlalu,
dengan segala kebaikan dan keburukannya,
dan juga bukan esok hari yang belum tentu datang..

Hari yang saat ini matahari menyapa anda,
Dan siangnya menyapa anda,
Inilah hari anda..

Umur anda,
Mungkin tinggal hari ini,
maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini,
atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini,
dan akan mati hari ini juga..

Dengan begitu hidup anda tidak akan tercabik-cabik,
Di antara gumpalan keresahan dan kesedihan..
Dan duka masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian,
Dan seringkali menakutkan.

- Dr Aidh Al-Qarni; La Tahzan

Sunday 26 October 2014

Update ringkas~



Alhamdulillah…
Berkurun tinggalkan blog. Sejak masuk alam pekerjaan, setiap saat, detik menjadi taruhan. Tidak ada lagi episod duduk termenung merenung kipas bilik berputar, sambil dengar lagu Lana Del Ray..hmm.. rindu saat-saat itu.
Lebih setahun lenyap dari dunia blog, akhirnya terpanggil menulis sedikit update kehidupan sekarang.
Sekarang…

1)      Sudah bekerja di bawah KKM. Masih seorang doctor pelatih tapi cabarannya cukup berat buat angan-angan lama ingin berawet muda dan bercantik-cantik ketika bekerja jadi harapan tinggal harapan.. :p

2)      Sudah berkahwin, menjadi gadis pilihan hati kepada seorang jejaka macho di seantero dunia (bagi saya..hehe), Mr Mohammad Fauzi Bin Sulong.. Tarikh nikah: 30 May 2014. Tidak berkesempatan memilih tarikh macho semacho pasangan pengantin kerana had cuti yang ada. Honeymoon hanya d hospital, suami pula atas kapal merenung enjin kapal. *p/s: kepada junior2, kahwinlah sementara menunggu panggilan ptm, haha


3)      Sekarang ber’baby’ dalam rahim. Hari ini tepat masuk 3 bulan, complete first trimester. Alhamdulillah.. Alahan? Yes.. too bad to the point saya kena mohon cuti panjang. Syukur Allah tulis perjalanan yang mudah, HOD department faham dan bagi saya long break untuk kesihatan saya and baby..

4)      Tahap stress semakin tinggi.. Kalau baca entry saya sebelum ini, semua berkaitan be positive, atau kuatkan semangat, bla bla bla.. tapi sejak masuk alam pekerjaan, cas negative mendominasi.. Need some terapi minda dan jiwa. La haula wala quwwata illabillah..

5)      Dulu saya amalkan diet sihat, oat, dan sayuran kononnya.. badan naik sekilo, bising macam naik 10 kg. Sejak kerja, badan susut mendadak. Kadang-kadang perut berkeroncong bila busy tahap gaban. Clerk case tapi dekat kepala nak jamah roti pun jadilah. Lebih-lebih lagi sejak alahan teruk, badan makin cekeding.. Doakan baby sihat.. J

Ringkas, diharapkan cukup padat. Teringin juga tau khabar berita kawan-kawan batch zagazig. Entah apa kisah sekarang. Sejak kerja tak pernah dah jumpa. Tanya khabar dekat watsapp, wechat, line, hmmm… Tanya hari ni, bulan depan baru dapat reply. Semua busy..

Kesimpulan, alam pekerjaan tidak seindah yang diharapkan. Memang tak mengharap pun, tapi tidak sangka sepahit ini. Moga diri dan sahabat-sahabat kuat menempuh alam latihan ini. InsyaAllah, bila lesen tetap dalam tangan, semua akan lebih lancar. Amin Ya Allah..

Buat junior-junior, pesan akak. Study rajin-rajin. Ambil peluang sebanyak mungkin untuk menimba pengalaman. Jangan menyesal esok hari.. hehe.. tapi jangan lupa juga, enjoy your every precious moment with your precious friends. Kenangan 5 to 6 years dalam dunia student dengan kawan-kawan itulah kenangan manis berharga yang mampu buat kita tersenyum bila berdepan saat pahit di alam pekerjaan..

p/s: Suami berlayar lagi.. Doakan kami sama-sama kuat. Rezeki Allah dah tulis dengan cantik. Minta hati sama-sama tawakkal dan bertenang. Love you Mr Fauzi to the moon..hehe

" There had been times when he knew, somewhere in him, that he would get used to it, whatever it was, because he had learnt that some hard things become softer after a very little while." - Nick Hornby


Recent Posts

Introduction

Recent Comments