Alhamdulillah…
Berkurun tinggalkan blog. Sejak masuk alam pekerjaan, setiap
saat, detik menjadi taruhan. Tidak ada lagi episod duduk termenung merenung
kipas bilik berputar, sambil dengar lagu Lana Del Ray..hmm.. rindu saat-saat
itu.
Lebih setahun lenyap dari dunia blog, akhirnya terpanggil
menulis sedikit update kehidupan sekarang.
Sekarang…
1)
Sudah bekerja di bawah KKM. Masih seorang doctor
pelatih tapi cabarannya cukup berat buat angan-angan lama ingin berawet muda
dan bercantik-cantik ketika bekerja jadi harapan tinggal harapan.. :p
2)
Sudah berkahwin, menjadi gadis pilihan hati
kepada seorang jejaka macho di seantero dunia (bagi saya..hehe), Mr Mohammad Fauzi
Bin Sulong.. Tarikh nikah: 30 May 2014. Tidak berkesempatan memilih tarikh
macho semacho pasangan pengantin kerana had cuti yang ada. Honeymoon hanya d
hospital, suami pula atas kapal merenung enjin kapal. *p/s: kepada junior2,
kahwinlah sementara menunggu panggilan ptm, haha
3)
Sekarang ber’baby’ dalam rahim. Hari ini tepat
masuk 3 bulan, complete first trimester. Alhamdulillah.. Alahan? Yes.. too bad
to the point saya kena mohon cuti panjang. Syukur Allah tulis perjalanan yang
mudah, HOD department faham dan bagi saya long break untuk kesihatan saya and
baby..
4)
Tahap stress semakin tinggi.. Kalau baca entry
saya sebelum ini, semua berkaitan be positive, atau kuatkan semangat, bla bla bla..
tapi sejak masuk alam pekerjaan, cas negative mendominasi.. Need some terapi
minda dan jiwa. La haula wala quwwata illabillah..
5)
Dulu saya amalkan diet sihat, oat, dan sayuran
kononnya.. badan naik sekilo, bising macam naik 10 kg. Sejak kerja, badan susut
mendadak. Kadang-kadang perut berkeroncong bila busy tahap gaban. Clerk case
tapi dekat kepala nak jamah roti pun jadilah. Lebih-lebih lagi sejak alahan
teruk, badan makin cekeding.. Doakan baby sihat.. J
Ringkas, diharapkan cukup padat. Teringin juga tau khabar
berita kawan-kawan batch zagazig. Entah apa kisah sekarang. Sejak kerja tak
pernah dah jumpa. Tanya khabar dekat watsapp, wechat, line, hmmm… Tanya hari
ni, bulan depan baru dapat reply. Semua busy..
Kesimpulan, alam pekerjaan tidak seindah yang diharapkan.
Memang tak mengharap pun, tapi tidak sangka sepahit ini. Moga diri dan sahabat-sahabat
kuat menempuh alam latihan ini. InsyaAllah, bila lesen tetap dalam tangan,
semua akan lebih lancar. Amin Ya Allah..
Buat junior-junior, pesan akak. Study rajin-rajin. Ambil
peluang sebanyak mungkin untuk menimba pengalaman. Jangan menyesal esok hari..
hehe.. tapi jangan lupa juga, enjoy your every precious moment with your
precious friends. Kenangan 5 to 6 years dalam dunia student dengan kawan-kawan
itulah kenangan manis berharga yang mampu buat kita tersenyum bila berdepan saat
pahit di alam pekerjaan..
p/s: Suami berlayar lagi.. Doakan kami sama-sama kuat.
Rezeki Allah dah tulis dengan cantik. Minta hati sama-sama tawakkal dan
bertenang. Love you Mr Fauzi to the moon..hehe
" There had been times when he knew, somewhere in him, that he would get used to it, whatever it was, because he had learnt that some hard things become softer after a very little while." - Nick Hornby
No comments:
Post a Comment