Bismillah..
Perjalanan hidup sememangnya tidak seperti yang kita
rancang. Mungkin ada sesetengah episod kena dengan keinginan dan impian, syukur
Alhamdulillah, itu jalan Allah yang tulis. Sesetengah yang lain, jauh dari yang
kita kejar, tetap bersyukur, kerana itu jalan Allah yang tetapkan,
sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi..
Berimpian memasuki MRSM Sabah suatu ketika dulu, tapi
Allah mahu aku menyambung persekolahan di SMESH ( Sekolah Menengah Sains
Sabah). Alhamdulillah, aku belajar menjadi remaja cekal berjauhan dengan
keluarga, berhadapan pengalaman pahit di dunia asrama yang penuh dengan
remaja-remaja yang masih mahu mengenal dunia, Alhamdulillah, syukur Allah
pelihara diri dan maruah, dan syukur, tidak sia-sia paksaan bapa ke sekolah
berasrama penuh itu, asbabnya aku mencapai keputusan cemerlang berturut-turut.
Berimpian memasuki jurusan piloting, aku mendapat
panggilan ke Melaka ( x ingat nama institute), yang menanggung penuh flight dan
pembelajaran di sana. Tapi asbab ketegasan bapa melarang dengan alasan jurusan
itu tidak sesuai untuk wanita, aku akhirnya terpilih menyembung pelajaran di
Mesir, jurusan perubatan. Dan sekarang, di sinilah aku. Hidup dalam dunia
pesakit, dengan penat fizikal apatah lagi mental, tapi aku yakin, seperti
cabaran sebelum ini, semua berhikmah, dan Allah tidak akan menganiaya
hambaNya..
Sekarang juga, aku sudah bergelar isteri, dan insyaAllah,
ibu tidak lama lagi. Jujur aku tidak pernah terlintas untuk bersuamikan marine
engineer, memang selalu bergurau dengan rakan di Mesir, “ aku mau suami kerja
pelantar minyak, sekali datang duit berlambak!”.. hehe.. zaman kanak-kanak
riang. Berkat perjalanan yang dirancang oleh Yang Maha Esa, aku bertemu kekasih
hati, buah hati yang tidak putus-putus memenangi jiwa ragaku, Mohd Fauzi.
Seorang marine engineer, tugas dan tanggungjawab cukup berat, setanding tanggungjawab
aku di hospital. Perlu berlayar ke tengah laut, ke pelantar minyak, jauh dari
isteri dan keluarga, jauh dari dunia darat, yang ada hanya kapal dan laut. Dunianya
tidak ada rangkaian panggilan telefon, tidak ada rangkaian internet. Bekerja 12
jam sehari, 7 hari seminggu, 30-31 hari sebulan. Itulah cabarannya.
Sedih.. Suami jauh berlayar, mencari rezeki untuk isteri
dan anak. Masih teringiang-ngiang di telinga, nasihat dan tunjuk ajar sang
suami. Di ingatkan supaya kuat, supaya bersabar, dan ingat hanya pada Yang Maha
Esa. Solat jangan tinggal, keselamatan diutamakan. Jangan tekan perasaan, ingat
insan kecil dalam rahim sedang membesar, memerlukan kasih sayang dan belaian
lembut dari ibunya. InsyaAllah sayang.. Saling mendoakan..
Tepat jam 2.00 pagi, kapal suami berlayar ke kawasan
tanpa rangkaian telefon. Sedih.. Sekali lagi aku ulang, aku sedih. Rindu suara
suami, walaupun melalui telefon, rindu masih boleh terubat. Kali ini, aku cuba
kuatkan hati tanpa suaranya. Aku akan tabah menghitung saat, minit, jam, hari..
Semoga Allah sentiasa bersama suami dan krew-krew kapal yang lain. InsyaAllah
perjalanan dipermudahkan. Amin Ya Allah..
Dia adalah kurniaan Allah yang indah untuk aku. Kasih
sayangnya menghilangkan penat lelah aku bekerja seharian di hospital. Lawaknya
yang kadang-kadang tidak masuk akal tetap mampu buat aku tersenyum walaupun
tubuh lemah. Dia tidak berhenti mencari makanan yang aku idamkan, tidak mahu
tidur jika aku masih baring dalam keadaan tidak selesa badan dan mual. Tidak
penat membelai isteri yang sakit akibat muntah berterusan seharian. Dan paling
mengagumkan, baru-baru ini sudah menjadi ‘chef wan’ versi negeri perak, turun
ke dapur untuk memasak makanan yang isteri dia idamkan. Isteri mana tak sayang?
Syukur Ya Allah, jodoh yang Engkau takdirkan untuk aku, itu yang terbaik,
sungguh Engkau Maha Mengetahui..
Suami sudah berlayar. Sebagai isteri yang dimanjakan,
cukup terasa ketiadaannya di sisi. Moga cabaran ini besar hikmah tersembunyi.
Kata orang tua-tua, sayang tinggal-tinggalkan. Betul tu. Bila berjauhan ni,
kita semakin menghargai pasangan, mula merungkai kembali saat pengorbanan dan
manis bersama pasangan. Yakin dan percaya hanya pada Yang Berkuasa.
Kita semua mahukan jalan yang lancar, jalan yang lurus
tidak berliku, jalan tidak berduri. Tapi hakikat, hidup tidak semurah itu.
Banyak liku-liku, banyak lubang yang perlu di rentas, banyak cabang yang perlu
di pilih. Itu semua kerja Allah, kita hamba perlu yakin dan tawakkal.
InsyaAllah, semua akan baik-baik saja..
*Mode: menghitung hari.. semoga perjalanan suami selamat
dan lancar. Amin Ya Rabb..
" It was rather beautiful, the way he put her insecurities to sleep. the way he dove into her eyes, and starved all the fears, and tested all the dreams she kept coiled beneath her bone. " - Christopher Poindexter
No comments:
Post a Comment