Saturday 3 August 2013

Bahana maksiat~

Ramai yang memandang remeh. Tidak peduli. Sudah lali dengan perbuatan maksiat, bahang api neraka jahannam tidak lagi diendah.

Hakikat kebanyakan hamba masa kini. Terkejut. Tidak menyangka dunia semakin tenggelam dengan maksiat. Usah dipersoalkan maksiat tersembunyi, yang zahir tidak kurang banyaknya. Jangan diukur pemakaian, apatah lagi peribadi keluarga. Bukan menuding jari pada yang khusus, tapi hakikat yang bertudung, labuh pun tidak terkecuali, pendidikan sekolah agama tidak ketinggalan, keluarga terkenal dengan islamiknya. Namun menyedihkan, masih tunduk dengan bahana nafsu syaitan. Nauzubillah.

Usia semakin meningkat. Dunia baru bakal diterokai. Semakin banyak pembuka mata dan hati. Perkara yang tidak dijangka rupanya kenyataan dunia sebenar. Anak- anak muda berkeliaran mengumpul dosa.

Rosak akidah, musnah masa depan, khusus buat kaum hawa. Mahkota yang cantik, musnah begitu sahaja. Andai silap sekali, lalu hati mencari taubat, alhamdulillah. Namun, apa yang aku lihat, dunia semakin teruk. Gadis dengan mudah munyerah diri dengan ramai lelaki. Bila sampai saat mahu merasa nikmat pernikahan, tanpa belas kasihan si lelaki buang di tepi jalan. Salahkan siapa kalau bukan tuan empunya badan? Jangan digelar lelaki itu kejam, andai silam si gadis penuh dengan dosa maksiat. Redha, tawakkal, kembali ke jalan Nya. Itu yang terbaik. Itu hanya sedikit tempias hukuman dunia Allah turunkan. Andai taubat belum lagi dicari, nauzubillah, api menjulang di alam akan datang masih menanti. Taubatlah.

Kasihan mereka yang sudah terlanjur menyerah maruah diri. Doakan mereka. InsyaAllah, hidayah milik mereka yang mencari. Bagi yang masih megah memegang mahkota sendiri, bersyukurlah. Allah pelihara. Jaga hati, mata, lidah, anggota. Peliharalah kehormatan diri, sehingga bertemu dengan yang sah disisi. :)

Alhamdulillah ~ ^-^

No comments:

Recent Posts

Introduction

Recent Comments